'Baiknya Lelaki Itu Layan Dia, Mesti Isteri Dia Guna Ilmu Nasi Kangkang'


Saya nak pesan sikit pada semua, tak kira yang sudah atau belum berkahwin, janda atau anak dara, mak-mak mertua. Kalau tengok ada keluarga yang bahagia itu, janganlah kita dengki dengan kebahagian mereka sampai ada niat untuk meruntuhkan rumah tangga orang.

Nauzubillahiminzalik!

Sebab kita tidak tahu, mungkin dia sudah puas menangis sebelum dia mendapat kebahagiaan itu. Kalau kita tengok suami melayani isterinya dengan baik sekali, jangan pula kita kata isteri dia guna ilmu sebab mungkin suami dia tahu apa pengorbanan isterinya untuk dia. 

Kalau kita tengok suami yang banyak menolong isteri buat kerja rumah, jangan kita kata isteri dia Queen Control. Mungkin depan kita, isteri nampak tak buat apa-apa, tetapi di belakang kita hanya suami dia saja yang tahu apa yang isteri dia sudah buat untuk dia. 

Kalau kita nampak suami dia mewahkan isteri dia, jangan kita kata isteri dia suka meminta-minta. Sebab mungkin isteri dia sudah pernah hidup susah bersama sebelum rezeki suami bertambah. Biarlah Allah sahaja yang tahu dan menilai kehidupan orang lain. Mungkin kalau kita di tempat dia, kita pun tak sanggup nak menghadapi apa yang dia lalui sebelum Allah berikan kebahagiaan kepada dia. - KRT | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.