Baru Jadi Penolong Jurutera Dah Berlagak Gila


Seringkali peniaga online dikritik dan dikecam tak kira apa jua isu yang dibangkitkan. Namun, isu yang paling kerap ditimbulkan ialah, kelewatan melayani pelanggan. Beruntung jika peniaga berdepan dengan pelanggan yang sabar orangnya. Jika sebaliknya?

Itulah yang dialami oleh seorang suri rumah, Atiqah, yang berniaga online separuh masa. Dek melayani karenah anak-anak kecilnya dan terlambat membalas mesej dari pelanggan, dia terpaksa menghadap leteran dari seorang wanita berjawatan Penolong Jurutera.

"Maaf ye sis, lambat sikit. Uruskan anak-anak kecil tadi," kata Atiqah

"Oh tak apa, I faham. Cuma nak nasihat sikit, bisnes online dari rumah supposed cepat dan tangkas sebab uoll just duduk rumah. Bukan perlu attend meeting so on. Nanti takut customer you lari pula.

"You kena cari sesiapa yang bekerjaya seperti engineer atau doktor dan tanya bagaimana mereka menguruskan masa walaupun mereka sibuk. Macam I, penolong jurutera sahaja tetapi kalau you nak I guide you dalam time management, boleh saja. Biasalah kan, kerja dengan Japanese ini semua kena cepat," kata pelanggannya. 


Akibatnya, netizen mengecam tindakan penolong jurutera yang dianggap berlagak tak bertempat itu. 

"Eee! Geramnya! Paling pantang orang cakap suri rumah ini tak ada buat apa-apa, duduk rumah goyang kaki. Rasanya perempuan ini tak ada anak. Kalau ada anak pun, agaknya anak 24/7 dengan maid. Senangnya cakap, ingat uruskan anak itu senang? Attend meeting lagi senang dari jaga anak tau. Geram!" kata Nazz. 

"Eeii! Kerek gila minah tu. Ingat peniaga online duduk rumah saja tak buat apa-apa? Ada yang buat part time kot? Apalah yang nak dibanggakan sangat dengan pangkat. Tetap juga menjadi kuli," kata Diana. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.