'Berikan Hak Yazid, Search Jangan Putar Belit Cerita' - Netizen


Umum tahu pertelingkahan di antara Yazid dengan kumpulan Search baru-baru ini adalah kerana tuntutan bayaran yang dipinta olehnya dibalas tengkingan yang tidak sepatutnya dari isteri vokalis kumpulan itu, Nourish. 

Nourish bagaimanapun menafikan dakwaan pemain dram itu kononnya dia sengaja menengking Yazid ketika berbincang mengenai isu pembayaran konsert Search. 

Nourish mendakwa, Yazid telah memprovoknya dan secara sepontan suaranya agak tinggi. 

"Saya terkesan dengan tuduhan melulu Yazid terhadap Amy serta anggota Search yang lain. Siapa mahu berdiam diri sekiranya suami sendiri dituduh menipu? Saya isteri Amy, saya tahu etika dia menjalankan kewajipan kepada anggota lain," katanya.

Sebelum itu, Search telah membuat sidang media khas yang menafikan dakwaan Yazid itu. Kumpulan itu juga meminta Yazid membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam atau berdepan dengan tindakan saman. 

Menurut Amy, ini bukanlah pertama kali Yazid mencetuskan masalah. Malah, sukar untuk mereka berunding dengan Yazid kerana setiap kali berbincang, pasti berakhir tanpa jalan penyelesaian. 

"Susah bercakap dengan Yazid, kerana ia sering berakhir tanpa jalan penyelesaian. Tindakan dia mencemarkan nama kawan-kawan. Dia sepatutnya bersyukur mempunyai kawan-kawan yang masih sihat, boleh bekerja dan hulur sumbangan ketika dia sakit. Ini bukan pertama kali Yazid buat hal," jelas Amy. 


Bagaimanapun di media sosial, netizen mendakwa Search langsung tidak menjawab tuntutan yang dibuat oleh Yazid, sebaliknya memberikan amaran untuk mengambil tindakan saman jika Yazid tidak memohon maaf. 

"Fokus utama Yazid ialah meminta hak dia. Yang keluar kenyataan melalu merata apa hal? Direct to the point la. Simple saja. Kalau tak layak terima, beritahu sebabnya," kata Zulkifle Zule. 

"Kalau duit dia diberi dari awal, tak timbullah masalah ini. Ini sampai orang kena minta, dalam keadaan sakit dan perlukan duit untuk rawatan. Siapa yang tak marah kalau dapat tahu duit semua dibayar kepada pihak yang ambil duit. Benda simple. bagi duit yang memang hak dia, habis cerita," kata Selina Teoh. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.