Buat Lawak Cangkul, Guru Ini 'Sekolahkan' Page Amran Fans


Aku buka page Amran Fans, tengok dia ada buat rape joke. Hantar gambar cangkul pada perempuan di WeChat. Inilah contoh mentaliti dunia kelas ketiga, make fun of everything. Kesannya bahaya, memandangkan page Amran Fans ini digemari oleh ramai pelajar sekolah. 

Jenayah rogol bukan boleh dibuat jenaka. Serangan seksual ialah perkara yang serius. Menjadikan rogol sebagai jenaka hanya akan mengurangkan rasa simpati masyarakat kepada mangsa rogol. 

Aku tidak terkejut bila selepas ini orang constantly victim blaming atau memberi reaksi,

"Alahh, rogol je, bukan mati pun," atau;

"Siapa suruh berpakaian seksi? Kan dah kena rogol," 

Semuanya gara-gara tidak menjadikan jenayah rogol itu sebagai isu yang serius. 

Aku tak suka perangai sombong perempuan tetapi rogolo bukanlah cara untuk justify balasan perbuatan sombong mereka. Be more than just a man. Kalau orang tak suka, be better, do better and put more efforts. Penolakan bukanlah provokasi bila melibatkan cinta. Tiada satu pun alasan yang solid di dunia ini untuk membenarkan jenayah rogol. 

Dan sebagai guru, aku mampu mengajar remaja lelaki agar menghormati perempuan dan ajar remaja perempuan agar lebih bijak membaca tipu daya kaum lelaki. Tetapi audience aku kecil sahaja, sekadar beberapa ratus orang. 

Page yang mempunyai beratus ribu likers seperti Amran Fans sebagai anggota masyarakat yang patut membuat community service meningkatkan kesedaran. Bukannya mengundur ke belakang dengan menjadikan wanita sebagai objek. 

Apa pun, regarding kes cangkul di Indonesia tempoh hari, aku kasihan juga. Aku bukan jenis suka balas keganasan dengan keganasan. Tetapi tengokkan berita itu, most part of me harap sangat penjenayah itu semua dapat ke tangan orang ramai. 

Akhir kata, jagalah keluarga masing-masing. Ajarkan kepada anak-anak lelaki agar menjadi gentleman. Ajarkan kepada anak-anak perempuan agar berhemah dalam penolakan. And Rape Is No Joke! - Mohd Zailee | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.