CUEPACS Rayu Kerajaan Beri Bonus 1 Bulan Gaji Sempena Aidilfitri


KANGAR - CUEPACS merayu pada kerajaan untuk memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam bagi persediaan menyambut Aidilfitri, Julai depan, lapor Berita Harian.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, permintaan bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan kerana harga barang yang semakin naik dan kos sara hidup yang juga semakin meningkat. 

"Harap kerajaan dapat menunaikan permintaan ini kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya. 

"Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai," katanya. 

Tambahnya, kakitangan awam pasti kecewa sekiranya permintaan bonus itu ditolak. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.