Culik Lelaki Bangla, Minta Wang Tebusan RM14,000


GEORGETOWN - 11 lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang lelaki warga Bangladesh, Isnin lalu. 

Dalam kejadian jam 9.30 malam Isnin lalu, mangsa, 29, pekerja kilang diculik sewaktu keluar dari rumahnya dengan menaiki kereta sebelum ditahan oleh suspek yang kemudian mengurung mangsa di sebuah rumah di Jelutong. 

Suspek kemudian meminta mangsa menghubungi keluarganya dan meminta wang tebusan RM5,000. Namun mangsa menghubungi dan memaklumkan rakannya mengenai apa yang berlaku. Rakan mangsa kemudian menghubungi abang mangsa di Bangladesh dan menceritakan kejadian itu. 

Bimbang dengan keselamatan adiknya, abang mangsa memasukkan wang RM5,000 seperti yang diminta sebagai wang tebusan pada Selasa yang kemudiannya membuat laporan polis. 

Siasatan pihak polis mendapati, suspek juga turut menuntut sejumlah wang lagi dan meminta keluarga mangsa memasukkan wang tebusan sebagai umpan untuk melepaskan mangsa. Keluarga mangsa memasukkan RM9,000 lagi pada suspek.

Selepas wang tebusan RM14,000 dimasukkan, mangsa akhirnya dibebaskan pada Rabu lalu.

Polis melancarkan usaha mengesan suspek dan berjaya menahan 11 suspek lelaki berusia antara 19 hingga 25 tahun di beberapa lokasi di sekitar Jelutong dan pusat bandar bagi membantu siasatan. 

Polis turut merampas pelbagai barangan, termasuklah wang tunai RM5,000 yang dimiliki oleh semua suspek. Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 dan sabit kesalahan boleh membawa pada hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta sebatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisoner Mior Faridalathrash Wahid berkata, penculik melakukan jenayah itu untuk mendapatkan wang mudah. 


"Kami sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki bernama V Evasekar, 26 atau dikenalai sebagai Salsa yang masih bebas Sesiapa yang memumpunyai maklumat, silat hubungi balai polis berhampiran. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.