Dah Ditangkap, Orang Malaysia Rupanya


JOHOR BAHRU - Susulan viral beberapa gambar mengenai kebiadaban seorang pemandu Mercedes Benz S400, polis telah menahan lelaki terbabit petang semalam. 


Lapor Johor Times, Lelaki terbabit ditahan pada petang semalam dan akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 atas kesalahan memandu secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang berbahaya. 

Semakan data melalui Sistem COPS mendapati, pemandu yang juga warganegara Malaysia itu mempunyai 13 rekod saman yang belum dilangsaikan. 12 saman di atas kesalahan memandu melebihi had laju dan 1 kesalahan memandu di lorong kecemasan. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Johor menegaskan, walaupun tidak terlibat dalam kemalangan, namun cara pemanduan yang melulu dan berbahaya boleh disabitkan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

"Pihak polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalulintas," kata kenyataan itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.