Dalang Love Scam Berwajah 'Tetris' Berjaya Ditahan


KUALA LUMPUR - Sikap wanita tempatan yang terlalu mudah terpengaruh dan percaya pada kata-kata indah menyebabkan mereka selalu menjadi mangsa penipuan Love Scam, lapor Kosmo!

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 4,673 kes Love Scam telah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan kerugian sebanyak RM182.3 juta dengan penangkapan 1,773 suspek bagi tempoh 2013 sehingga Mei 2016. 

Angka itu melebihi kes-kes yang sama di negara-negara lain dalam penipuan cinta secara online di media sosial. 

"Modus operandi mendapati, suspek menggunakan gambar seorang lelaki berkulit putih, kacak serta mempunyai pekerjaan yang hebat atau kaya yang bertujuan mengaburi mangsa yang dipilih secara rawak. 

"Justeru, jangan terlalu mudah jatuh cinta dengan cinta palsu terutamanya wanita di negara ini sekali pun kita memerlukan cinta," katanya di Dewan Rakyat, semalam. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.