'Decepticon' Mengamuk Di Lebuh Raya


SHANXI, CHINA - Video seorang pemandu jentolak 'mengamuk' di lebuh raya banda Shunzhuo, viral di media sosial, awal minggu ini. 

Video rakaman CCTV lebuh raya itu sebenarnya berlaku pada bulan September 2015 yang telah menyebabkan seorang terbunuh dan 20 lagi mangsa yang lain cedera. 

Tindakan pemandu jentolak itu juga telah menyebabkan kerosakkan pada 10 buah kenderaan orang awam. 

Selepas beberapa minit kejadian itu berlaku, pasukan SWAT China telah tiba di lokasi kejadian untuk cuba menghentikan pemandu jentolak terbabit, bagaimanapun gagal berbuat demikian. 27 minit kemudian, polis tiba di lokasi, cuba mengejar jentolak itu tanpa menyebabkan kerosakkan.

Akhirnya, ketika pemandu terbabit cuba merempuh sebuah bas, dia gagal berbuat demikian lalu terbabas ke dalam sungai. 


Polis mengambil kesempatan itu terus melepaskan beberapa tembakan menyebabkan pemandu terbabit mati serta merta, sebelum dia sempat menyebabkan lebih banyak kerosakkan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.