'Depa Dapat Peti Ais Baru!'


Selepas video dua beradik bertelagah akan pintu peti ais tercabut akibat dihempas terlalu kuat, Meletop Kebaboom telah menghadiahkan sebuah peti ais baru kepada mereka selepas menjadi tetamu rancangan Astro itu. 

Berdasarkan video viral tersebut, ibu dua beradik berkenaan, memarahi mereka kerana merosakkan pintu peti ais itu serta menyuruh mereka memperbetulkan pintu tersebut. 

Si abang cuba membetulkan pintu itu sambil mulutnya membebel pada adiknya yang merosakkan pintu berkenaan. 

"Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh," kata abangnya. 

Gara-gara video viral itu, mereka sekeluarga dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Meletop Kebaboom yang dihoskan oleh Alif Satar dan Shahrol Shiro dan dihadiah sebuah peti ais yang baru. 


Ia pasti akan menjadi kenangan manis bagi dua beradik itu. 

"Jangan rosakkan pintu peti ais lagi ye dik," - PIXEL MEDIA (ASTRO AWANI)

No comments

Powered by Blogger.