Designer 'Troll' Client Yang Kedekut Ini Buat Netizen Geli Hati


Ramai yang kata, "kenapa tak minta deposit dulu sebelum buat job?"

Secara jujur dan terus terang, aku sebenarnya memang berniat tak baik. Nawaitu aku memang nak cari point untuk bahankan client² tipikal seperti ini secara berjemaah. Objektif? Aku kan suka troll orang?

"Keh! Keh! Keh!"

Job ini just duit tepi saja. Aku sengaja tak minta deposit sebab nak perangkap client ini. Bila client bertukar menjadi low ballers dan minta harga sangat-sangat di luar logika, aku dah tahu jenis-jenis client seperti ini. Aku memang berharap cliecnt jenis take advantage.

Kalau korang perasan, macam laju saja aku nak kata 'kasi design tu free' pada client tanpa banyak objection.

Aku dah jadi designer sejak 1999 sehingga kini. Dari jr designer sampai creative a. Aku dah jumpa macam-macam jenis client dan ragam-ragam mereka. Dah tak ada benda lagi dah dalam bidang ini yang dapat membuat aku rasa teruja lagi.

Tetapi memerangkap untuk membahan client tipikal memang satu keindahan pada aku. Aku rasa hidup aku dalam bidang ini lebih bermakna dan berseri bila aku dapat kenakan client² yang suka take advantage.

Terpulanglah pada korang nak kata aku keji, jahat, hina, suka menganiaya, membahan, aku terima. That's exactly who I am and I'm going to do it again and again. It's the best entertaiment in this field.

Aku baru saja habis buat design brochure untuk akak itu. Yup, dia akhirnya setuju untuk membayar aku. Still, meme-meme untuk dia aku buat siang tadi. Aku tetap bagi juga pada dia. Biar dia beringat selalu.




Adakah aku terlalu jahat? Obviously aku pun memang bukan orang baik. - Zuan Ishmael | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.