'Dia Buat Lagi...'


CHINA - Seorang wanita berusia lingkungan 30'an dirakam sedang membuang air besar di luar stesen kereta api. 

Wanita berbaju biru itu kelihatan tidak segan meneruskan hajatnya di situ meskipun terdapat beberapa orang awam lalu di depannya. 

Video berdurasi 1 minit 16 saat itu mencetuskan rasa berang netizen di negara itu yang malu dan jijik dengan perangai individu tersebut, jelas sekali tidak bertamadun. 

Ada yang mempersoalkan mengapa wanita berkenaan membuang air besar di situ sedangkan ada tandas di dalam stesen tersebut?

Terdahulu, seorang wanita di negara yang sama dirakam membuang air kecil di dalam lif sambil ditemani oleh teman lelakinya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.