'Dia Sorok Uniform Kerja, Tak Bagi Saya Keluar Rumah'


Sebelum berkahwin dengan isteri, dia memang seorang yang manja. Tak boleh kasar dan tengking sikit, mulalah dia menangis. Mujur dia jenis yang senang dipujuk. 

Masak bulan ini, sudah tiga tahun saya berkahwin dengan dia. Alhamdulillah, sekarang dia mengandung. 

"Aku dah nak jadi ayah!!!!"

Bila mengandung, perangai manja dia semakin menjadi-jadi sampai tak boleh berpisah dengan saya walaupun saya nak pergi kerja. 

Mula dari dia mengandung sampai sekarang yang dah nak masuk 6 bulan kandungannya, hari-hari dia call saya di tempat kerja. 

"Rindu kat abang.." katanya. 

Bila saya balik rumah, dia berkepit dengan saya macam dah 8 tahun tak jumpa. Padahal 8 jam sahaja. 

Saya fikir, mungkin dia boring duduk di rumah sebab dia suri rumah. Saya ajaklah dia keluar jalan-jalan tetapi dia tak nak.

"Alaa, janganlah keluar. Kita spend timelah di rumah saja," katanya. 

Dulu sebelum mengandung, handphone di tangan dia 24 jam. Asyik bermain dengan handphone saja. Tetapi sekarang bila dah mengandung, susah saya nak tengok dia pegang handphone. Asyik memeluk dan mengenggam tangan saya saja. 

Saya tanya dia kenapa jadi macam ini? 

"Rindu kat abang. Tak nak terpisah dari abang walaupun seminit," katanya sambil menangis-nangis. 

Saya pun menjadi pelik, padahal saya ada saja di sebelah dia. Saya faham dia sedang mengandung dan apa saja yang dia minta, saya turutkan. Sanggup saya tak over time masa kerja sebab memikirkan dia. 

Pernah sampai satu tahap dia sorokkan semua uniform kerja saya semata-mata tak bagi saya pergi kerja. Saya cuci baju, check tak ada pun uniform kerja. Rupa-rupanya dia sorok di bawah bantal dia. Hahaha! Tak tahulah nak ketawa ke nak sedih. Nak marah pun tak sampai hati.

Saya nak tanya yang sudah ada pengalaman, isteri saya jadi begini disebabkan pembawakan budak atau sebab apa ye? Saya risau sampai di tempat kerja pun asyik terfikirkan dia sahaja. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.