Dikala Ramai Merungut Kos Sara Hidup Meningkat, 2 Anak Muda Ini Selesa Buat Homestay Premium


Ramai orang merungut kos sara hidup meningkat, tetapi masih ramai yang tak rela mengubah gaya hidup. Mereka selesa dengan satu sumber pendapatan dan tetap ramai berbelanja sakan di Sogo Sale sampai jalan depan office saya pun jammed Jumaat lepas. Ceitt!!! 

Kos sara hidup tinggi kita tak dapat nak kawal, apatah lagi nak ubah. Gaya hidup kita adalah dalam kawalan kita. Ubahlah ia menjadi lebih baik. 

Pada masa yang sama, saya rasa kagum dengan dua anak muda pengusaha sublet premium di Damansara (Evleri Sdn Bhd). Lukman dan Shahrul, kedua-dua mereka saya kenal sebelum mereka terlibat dengan hartanah lagi. 

Yang paling mengkagumkan, mereka masih di awal usia 20'an. Lebih muda dari saya. Jika dilihat pada gaya hidup, memang sangat ringkas, tak ada nak berhipster bagai seperti rakan-rakan seusia mereka. 

Kekaguman saya semakin terserlah sejak semalam apabila saya dan keluarga dijemput untuk cuba menginap di salah sebuah unit homestay premium mereka, duplex (2 tingkat) di Empira Damansara.

"Fuh! Memang selesa, moden, minimalis dan rasa macam duduk di rumah sendiri."

Di Empire Damansara sahaja, mereka menguruskan 5 unit homestay premium jenis studio dan duplex pada harga serendah RM165/malam hingga RM210/malam. 

Sangat-sangat direkemenkan untuk anda yang mahu bershopping di IKEA dan The Curve, bawa anak-anak bermain di Kid Zania. HAnya 900 meter sahaja dan mungkin yang ada meeting atau kenduri di sekitar Damansara-KL pun agak sesuai juga. 

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, bermacam-macam cara kita boleh buat duit dengan hartanah ini. Guna rumah orang lain pun, kita boleh menjana pendapatan (sublet). Kena belajar dan berusahalah. 

Orang yang terlibat dengan hartanah ini kapitalis? Kalau anda tahu pengorbanan mereka dan melihat sendiri muka innocent budak Lukman dan Shahrul ini, mesti anda tidak sanggup memanggil mereka ini kapitalis. Haha! 

Cakap banyak pun tak guna, tengoklah sendiri gambar-gambar homestay mewah mereka di bawah ini. Cantik kan? Anak-anak muda, belajarlah dari Lukman dan Shahrul ini.













Kalau nak merasa layanan mesra daripada Lukman dan Shahrul di homestay premium mereka, pastikan tempahan dibuat awal-awal. Reservation mereka biasanya full untuk seminggu ke depan. - Harith Faisal | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.