Doktor Lelaki Ditembak Kerana Sambut Kelahiran Bayi


RIYADH - Seorang lelaki ditahan selepas menembak seorang doktor pakar obstetrik lelaki, dipercayai tidak berpuas hati kerana doktor itu telah menyambut kelahiran anaknya di mana tugas itu sepatutnya dilakukan oleh doktor pakar ginekologi wanita. 

Doktor Muhannad Al Zabn, berasal dari Jordan itu telah menyambut kelahiran bayi pasangan berkenaan sebulan yang lalu di King Fahad Medical City di Riyadh. 

Lapor media tempatam, bapa bayi berkenaan telah pergi ke hospital itu dan memaklumkan dia mahu bertemu dengan doktor yang telah membantu isterinya bersalin, untuk mengucapkan terima kasih. 

Kedua-duanya kemudian bertemu di taman hospital tersebut. Semasa berbual, suspek telah mengeluarkan pistol yang disembunyikan di dalam bajunya dan menembak tempat ke arah mangsa sebelum melarikan diri. 

Pasukan perubatan bergegas membawa mangsa ke Jabatan Kecemasan sebelum dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Suspek bagaimanapun telah ditahan polis tidak beberapa lama kemudian. 

Bassam Al Buraikan, jurucakap hospital mengesahkan kejadian itu dan juga memaklumkan keadaan mangsa kini stabil. 

"Pihak berkuasa tempatan lancarkan siasatan dan mengumpul bahan-bahan bukti di tempat kejadian cubaan membunuh. 

Di media sosial, netizen menzahirkan rasa simpati mereka terhadap doktor terbabit dan mengecam tindakan suspek itu. 

Walau bagaimanapun, sesetengah netizen berpandangan bahawa pakar ginekologi wanita perlu sentiasa diberikan keutamaan dalam menyambut kelahiran bayi bagi mengelakkan percanggahan budaya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.