Empat Jenis Buku Orang Bisnes Wajib Ada


Seperti yang dijanjikan, ini adalah empat jenis buku orang bisnes wajib ada. Namun, mohon pada otai-otai, jangan kecam saya ye. 

Ini adalah ilmu yang saya praktikkan dalam masa setahun sata berjinak-jinak dalam bisnes. Inilah cara yang paling senang dan praktikal bagi saya.  Biasanya kalau dah lengkap yang ini, sudah boleh buat penyata untung rugi tahunan setiap kali tamat tempoh setahun tempoh perakaunan. 

Sebenarnya background saya memang dalam bidang akaun dan auditing serta sedikit pengalaman dalam bidang cukai. Baru 5 tahun bermain dengan benda ini, masih berhingus lagi. Tetapi saya kongsilah sikit apa yang saya buat untuk uruskan bisnes Shaklee saya ini. 

Empat jenis buku orang bisnes wajib ada ialah:
  1. Buku Tunai
  2. Buku Bank
  3. Buku Nota Penghutang (Debtor), Pemiutang (Creditors), Lejer Gaji, Pendahuluan Modal
  4. Buku bill atau buku resit jualan

Buku 1 dan 2 - Bukut Tunai dan Buku Bank

Buku Tunai - untuk catat pengaliran keluar masuk duit tunai anda (duit yang ada dalam tangan sahaja, tidak termasuk dalam akaun bank)

Buku Bank - untuk mencatat pengaliran keluar masuk duit dalam akaun bank anda (tak ttermasuk tunai dalam tangan ye). Kalau ada 10 akaun bank, buatlah 10 buku. 

Apa maklumat yang anda perlu catat dalam buku tunai dan buku bank ini?
  1. Tarikh
  2. Maklumat Penerimaa/Pembayaran
  3. Duit masuk
  4. Duit keluar
  5. Baki akhir

Ini contoh yang saya buat untuk beri gambarannya sikit. Mula-mula sebelum nak mencatat segala jenis perbelanjaan dan duit jualan anda yang berkepuk-kepuk itu, cata dulu berapa jumlah tunai dalam tangan anda. 

Begini contohnya:

Saya ada wang tunai sebanyak RM1,563.15 dalam tangan (Cash Money).

Selepas itu sudah boleh catat setiap transaksi duit masuk dan duit keluar dari tangan kita. PAstikan baki akhir dalam buku sama dengan jumlah tunai yang kita pegang. Kalau tidak sama, periksa semula. Mesti kita ada terlupa nak catatkan di mana-mana duit jualan atau belanja kita. 

Sila apply cara yang sama untuk catat dalam Buku Bank ye. 

Buku bank senang sangat nak buat. Boleh follow statement bank sahaja untuk details. Pastikan baki akhir dalam buku bank kita buat ini, sama dengan baki dalam bank ye. 


Buku 3 - Buku nota penghutang, pemiutang, lejer gaji dan pendahuluan

Untuk yang baru berjinak-jinak mahu membesarkan lagi bisnes, mesti ada mohon pinjaman dari mana-mana kan? Pinjaman dari Mara, Bank mahupun orang perseorangan, 

Macam contoh yang saya buat ini untuk yang buat bisnes kecil-kecilan. Contohnya kaum isteri yang baru berniaga ini, dapat pinjaman dari suami, bolehlah buat format begini ya. Senang sahaja. 


Hutang wajib bayar walaupun dengan suami sendiri. 

Ada pelanggan yang suka beli barang dengan bayar secara hutang? Catat begini, buat satu lejer khas untuk setiap penama. 


Buku 4 - Buku Bill/Buku Resit Jualan

Catat setiap jualan anda. Boleh selitkan sekali dalam parcel untuk customer agar nampak profesional sikit dalam kita berniaga, siap ada resit dan bil. 

Belilah satu buku bill ini, harganya tak sampai RM2 pun. 

Kelebihannya? Senang nak trace:
  • Jualan harian, mingguan, bulanan, tahunan
  • Senang nak semak harga
  • Senang nak trace history jualan kita dengan customer

PENAFIAN:

Tips ini cara paling simple saya nak kongsi dengan newbies, yang baru nak mula buat catatan akaun. Yang sudah pro, sale beribu-riban, pergi belajar guna software UBS, SQL, AutoCount saja atau hide posting ini. Takpe, saya tak marah pun. Hehe!

Semalam ada yang bertanya bagaimana mahu mencatat pendahuluan (Pinjaman) dari pemilik ye?

Yang tergunapakai cash sendiri untuk urusan bisnes boleh guna cara ini dengan syarat duit itu kita pinjamkan kepada bisnes. Bukan kita laburkan sebagai modal. 

Situasi: 

Pemilik dahulukan duit sendiri sebanyak RM1,500 untuk perbelanjaan bisnes. RM500 secara tunai, RM1,000 pemilik transfer atau depositkan ke akaun bank bisnes dan bayaran balik kepada pemilik sebanyak 2 kali - RM300 (Tunai), RM800 (dari bank). 

Yang ada asas perakaunan mesti tahukan debit credit , saya tunjukkan pada newbies nak catat di mana debit dan credit ini. Saya tandakan pasangan debit credit masing-masing ya. Barulah balance akaun kita nanti. 

Kenapa lejer Pendahuluan dari pemilik itu negatif ye?

Senang cerita beginilah. Kalau mengikut sistem perakaunan, dalam balance sheet, Pendahuluan dari pemilik ini kita letak sebagai Pemiutang (creditor), dalam sistem akan keluar tanda negatif sebagai tanya syarikat atau perniagaan kita masih berhutang dengan pemilik. 

Harap membantu dan terima kasih kerana sudi membaca. - Nur Basyirah | PIXEL MEDIA 

No comments

Powered by Blogger.