Eskalator Telan Kaki Warga Emas


SHENZEN, CHINA - Kaki seorang lelaki warga emas 'ditelan' eskalator ketika sedang menaiki tangga bergerak ke tingkat dua itu, pagi semalam. 

Salah satu papan pijak eskalator terbabit terbuka menyebabkan kaki kiri mangsa terperosok ke dalamnya.

Pasukan Bomba yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati mangsa masih dalam keadaan terkejut dan kaki kirinya sangkut dalam eskalator. Bomba terpaksa memotong sesetengah bahagian eskalator itu dengan berhati-hati mengeluarkan kaki mangsa. 




Setelah 40 minit, mangsa berjaya diselamatkan dan terus dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. 

Hasil siasatan awal mendapati, eskalator tersebut sudah lama tidak selenggara sejak 6 bulan lalu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.