Gaji Rendah Punca Kes Perceraian?

Gambar Hiasan

SHAH ALAM - Gaji yang rendah boleh menjadi punca perceraian pasangan berkahwin di negara ini, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),  N Gopal Krishnam. 

"Setiap pasangan yang berkahwin akan memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk memenuhi keperluan dan perbelanjaan rumah tangga.

"Kita kena faham yang zaman ini kita hidup dalam tekanan dari pelbagai sudut. Statistik menunjukkan, 65% keluarga di negara ini berpendapatan isi rumah di bawah RM3,500 ke bawah. 

"Macam mana nak bayar rumah, kereta dan dalam masa yang sama menanggung perbelanjaan dan keperluan seharian dengan gaji yang begitu rendah?" katanya dalam wawancara bersama Sinar Online. 

Jelasnya, ramai pasangan yang membuat pinjaman peribadi untuk berkahwin. Ini kerana rata-rata pasangan yang ada pada masa ini tiada wang simpanan yang mencukupi. 

"Bagaimana mereka mahu menyimpan jika pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi? Majikan perlu lebih bertimbang rasa dalam soal pemberian gaji kerana kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini," katanya. 

Sekiranya pendapatan yang diperoleh oleh salah seorang atau kedua-dua pasangan tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan harian, perkarai tu boleh menjejaskan hubungan sosial dan kehidupan keluarga individu terbabit. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.