'Giler Ah! Berani Betul Dia!' - Netizen


JAKARTA - Wanita ini menjadi viral di media sosial negara itu selepas tindakannya 'sekolahkan' penunggang motosikal yang menyalahgunakan laluan pejalan kaki, dipuji netizen.

Alfini Lestari, 34, dipuji netizen dengan tindakannya yang menghalang penunggang motosikal yang menggunakan laluan pejalan kaki sebagai laluan 'pintas' di waktu puncak. 

Difahamkan, penunggang motosikal di Jakarta kerap kali menyalahgunakan laluan pejalan kaki sehingga menyusahkan orang awam untuk menggunakan laluan tersebut. 

Alfini yang kebetulan menggunakan laluan ini, dihampiri beberapa penunggang motosikal terbabit. Namun Alfini enggan memberikan laluan kepada mereka meskipun telah dihon berpuluh kali. 

Bengang dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu, Alfini bertindak menghalang dan menghalau mereka keluar dari laluan itu ke laluan yang ditetapkan. 










Sementara itu di Malaysia pula, pemandu kereta seringkali menyalahgunakan laluan motosikal demi mengelak untuk membayar tol. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.