'Habis Duit Pencen Mak Aku Dikebasnya'


SHAH ALAM - Dua wanita yang berusia 30-an kini sedang dicari kerana disyaki mencuri beg duit seorang wanita ketika berada di sebuah pasar raya, Seksyen 28, Alam Megah, Isnin lalu. 

Video yang dimuat naik oleh anak mangsa, Mohd Azraf Khan, jelas sekali menunjukkan wajah dua suspek berkenaan yang sedang cuba mengeluarkan wang dari akaun bank mangsa di sebuah stesen minyak di Seksyen 17. 

"Mohon viralkan. Dua wanita India ini yang disyaki mencuri beg duit ibu saya semasa di pasar raya Hero Seksyen 28 Alam Megah, Shah Alam, jam 10.30 pagi. Mereka telah berjaya mengeluarkan duit melalui mesin ATM di stesen minyak Shell Seksyan 17, Shah Alam," katanya.


Menurut Azraf, dua suspek berkenaan telah mengekori ibunya ketika berada di pasar raya tersebut. Salah seorang daripada suspek telah menyeluk beg tangan mangsa dan mengambil beg duitnya dan terus pergi ke stesen minyak tersebut untuk mengeluarkan wang.

"Dia seluk dan ambil wallet. Lepas itu, dia pergi keluarkan duit di ATM. Habis duit pencen mak aku," katanya. 

Menjawab mengenai persoalan bagaimana suspek mengetahui nombor pin kad ATM ibunya itu, Azraf berkata, ibunya menggunakan nombor pin berdasarkan nombor kad pengenalan. Dari situ, suspek telah mencuba dan berjaya mengeluarkan wang di dalam akaun ibunya.

Azraf meminta, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua suspek berkenaan, tampil menghubungi Balai Polis Alam Megah di talian 03-51914022 Inspektor Jumadil. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.