Haram Intip Telefon Suami/Isteri


EMERIAH ARAB BERSATU - Mufti Besar Dubai, Dr. Ali Ahmed Mashael berkata perbuatan mengintip telefon suami/isteri tanpa kebenaran adalah salah dan tidak beretika. 

Menurutnya, Islam telah mengharamkan manusia untuk mengintip antara satu sama lain tidak mengira antara pasangan, rakan, adik beradik atau dua individu di dalam apa-apa perhubungan. 

"Islam telah pun melarang perbuatan itu sebelum manusia wujud lagi. Arahan agama sepatutnya mendahului undang-undang manusia.

"Orang Islam sepatutnya mengelakkan syak wasangka dan mengintip dan memeriksa telefon seseorang juga jatuh dalam kategori yang sama. 

"Mengintip atau memeriksa telefon seseorang tanpa kebenaran adalah perbuatan haram. Perbuatan itu akan menyebabkan kurangnya rasa yakin dan menambahkan lagi syak wasangka serta tidak percaya yang akan menyebabkan kehidupan lebih bermasalah," katanya yang dipetik dari Emirates 24/7.

Tambahnya, jika terdapat perasaan syak wasangka, cara yang betul adalah memberikan amaran kepada mereka yang tersayang serta menasihati mereka agar berhenti sebelum melakukan kesilapan atau dosa. 

Undang-undang persekutuan di Emeriah Arab Bersatu telah mengazetkan perbuatan mengintip telefon atau gajet orang lain tanpa pengetahuan pemiliknya adalah haram. 

Kod Penal Persekutuan No 380 menyatakan seseorang individu yang mengintip telefon tanpa pengetahuan pemiliknya boleh dikenakan hukuman penjara dan denda. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.