Helikopter Bawa VIP Hilang Dari Radar


KUCHING - Sebuah helikopter yang membawa rombongan beberapa VIP dilaporkan terputus hubungan sejak empat jam yang lalu, dalam penerbangan dari Betong ke Kuching. 

Helikopter tersebut dipercayai turut membawa pegawai kanan sebuah kementerian, yang sepatutnya mendarat di Hangar Hornbill Skyways, pada jam 5 petang tadi. 

Lokasi terakhir yang dilaporkan oleh juruterbang helikopter tersebut mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau, sebelum terputus hubungan. 

  1. Kapten Rudolf Rex Ragas
  2. Datuk Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Perusahaan Perladagan dan Komoditi) 
  3. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Kangsar)
  4. Asmuni Abdullah (Suami Noriah Kasnon)
  5. Datuk Dr Sundaran Ann Amalai (Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)
  6. Ahmad Sobri (Pengawal peribadi kepada Noriah Kasnon)

Usaha mengesan helikopter berkenaan sedang dijalankan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.