Imbasan X-ray Bongkar Senjata Tiruan Dalam Bagasi Penumpang Di KLIA


SEPANG - Beberapa pucuk senjata api tiruan milik seorang penumpang, dirampas oleh polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad lalu, lapor Astro Awani

Dua bagasi milik seorang penumpang warga Filipina itu, didaftar masuk di Terminal Udara KL Sentral pada jam 10 pagi untuk penerbangan dengan pesawat MAS ke Kota Kinabalu pada jam 10.20 malam. 

Penumpang itu bagaimanapun tidak muncul untuk menaiki pesawat menyebabkan bagasinya terpaksa dikeluarkan. 

Antara senjata api tiruan yang dirampas ialah:
  • 3 pucuk raifal termasuk jenis sniper jarak sederhana
  • 9 pucuk pistol angin lengkap dengan kelopak peluru
  • 2 unit senjata renjat dan pelbagai komponen pemasangan senjata

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian itu dan siasatan rapi sedang dijalankan bagi mengesan penumpang terbabit dan kes disiasat mengikut Akta Senjata 1960. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.