'Ingatkan Dah Mati...'


Ini Mazidul Akmal. Selebriti di zaman dirinya masih bersama dengan TV3 dahulu. Dia diserang strok dua tahun yang lalu. 25 Mei ini, dia akan menjalani pembedahan untuk menambah plat dalam tengkoraknya. 

Saya dengan sopannya meminta untuk melawat lelaki ini yang saya langsung tidak tahu apa-apa mengenainya. Hanya untuk melawat dan berbual-bual. Itulah yang kami lakukan. 

Ya, dia sakit ketika kariernya masih bersama TV3. Namun hari ini, dia tidak lagi berhutang dengan sesiapa termasuk pihak hospital. Semua wang simpanannya dan EPF habis, hanya tinggal sikit sahaja. Alhamdulillah, isterinya bekerja. 

Dan hari ini, pertuturannya jelas dan ingatannya lebih baik walaupun adakalanya boleh menjadi perlahan. Dia tidak dapat berjalan tetapi jauh lebih baik dari sebelum ini. Jika anda bertanya pada saya, dia okay. Namun begitu, dia rindukan rakan-rakan baiknya terutama bila dia bakal pergi menjalani pembedahan yang seterusnya. 

Ada juga rakan-rakan yang tak baik menghubunginya dan mengatakan dia sombong, tidak seperti dulu. Ada juga yang bercakap buruk mengenainya. Ada yang mengirimkan mesej padanya dan berkata, 

"Ingatkan dah mati,"

Kepada orang seperti ini, tolong diam dan jauhkan diri anda dari dia. Tolonglah. Dia perlukan kata-kata semangat dan sokongan dari rakan-rakannya. Pergilah melawat dia. Kepada rakan-rakan saya, ambil masa 10 saat untuk berdoa agar dia cepat sembuh. Itu sahaja. 

Dia mempunyai dua anak lelaki. Seorang di universiti dan seorang lagi masih bersekolah di sekolah menengah. 

Kepada mereka yang ingin mengenali beliau secara peribadi, berdoalah lebih lama 20 saat dan jika anda ingin melawatnya, sila hubungi: 

Adam Aznan: 018-2864267
Razali Harun: 01111541338

Saya beritahu isteri dia yang saya tidak memahami kerjayanya dalam media. Bila terkenal, ramai yang datang. Bila susah, tiada sesiapa pun yang peduli. 

Saya ingin menyatakan bahawa, TV3 ada sedikit sebanyak membantu Mazidul menjelaskan bil rawatan dengan memberi pinjaman dan apabila dia memilih VSS, sedikit sebanyak dapat membayar hutang-hutangnya. Dari sisi undang-undang, TV3 melakukan segala-galanya berdasarkan apa yang tertulis dalam buku. Bagus. 

Namun, tiada sesiapa yang menziarahinya, tiada panggilan telefon bertanyakan khabar. Mungkin mereka sibuk dan perkara ini bukan dalam skop kerja mereka. Tetapi tidak mengapa, tugas lebih penting. 

Mereka tidak meminta wang. Namun mereka ingin memohon maaf terhadap mana-mana pihak jika Mazidul pernah melakukan sesuatu yang melukakan hati mereka sebelum menjalani pembedahan yang seterusnya. 

Mazidul memandang pada isterinya dan memohon kemaafan jika dia meninggal dunia. Saya terpaksa mengalihkan pandangan ke tempat lain. Terlalu banyak untuk dirasai. Saya hanya nasihatkan teruskan berdoa kepadaNya.

Ingatlah bahawa apa yang berlaku pada Mazidul juga boleh terjadi pada kita semua. Saya tidak begitu mengenalinya dan tidak tahu sama ada kerjayanya sebelum ini pernah menyakitkan mana-mana pihak. Saya tidak tahu. Tetapi jika tiada, baguslah. Jika ada, bukakanlah hati anda untuk memaafkannya. Ini hanyalah dunia sementara sahaja. 

Kerja saya pada hari ini hanyalah menziarahi mereka yang sakit. Saya ziarah kalau saya berkelapangan. Mazidul berikan sebuah buku yang punyai tandatangannya. Itulah sumber pendapatannya yang terakhir. Saya tidak berminta untuk mengetahu masalah silapnya. Hanya mengambil iktibar beberapa perkara yang saya boleh pelajari di sini. 

Jangan bongkak, sombong dan angkuh. Tidak mustahil kita juga boleh mendapat musibah seperti ini. Kepada semua, saya juga mahu memohon kemaafan pada semua yang saya juga mungkin akan meninggal dunia pada bila-bila masa. Maafkan saya. - Syed Azmi | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.