'Ini Doa Kamu Kan? Aku Sudah Makbulkan...'


Ketika saya sedang membersihkan rumah, tiba-tiba anak lelaki saya yang masih kecil berlari ke arah saya. Ia tidak sengaja terlanggar pasu bunga yang diperbuat daripada kaca. Habis jatuh pecah, hancur berderai. 

Saya benar-benar marah pada ketika itu kerana pasu itu amat mahal harganya. Tambahan pula ia adalah hadiah dari ibu saya yang amat saya sayangi. Maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. 

"Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur!" kata saya padanya.

Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya sudah membesar. Saya pun sudah lupa akan doa itu dan menganggap ianya tidak penting. Namun saya tidak tahu bahawa doa itu telah naik ke atas langit. 

Anak lelaki saya dan adik beradiknya yang lain sedang membesar. Dialah anak sulung yang paling saya sayangi dari anak-anak saya yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati saya dan berbakti kepada saya jika dibandingkan dengan adik-adiknya yang lain.

Kini dia telah berjaya menjadi seorang jurutera. Tak lama lagi dia akan berkahwin. tak sabar rasanya saya nak menimang cucu. 

Ayahnya ada sebuah bangunan yang uzur dan ingin dibaik puluh. Maka pergilah si anak dengan ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja penyediaan renovation, anak saya pergi ke belakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun. Oleh kerana kerja-kerja untuk merobohkan dinding itu akan dilakukan oleh para pekerja suami tanpa mengetahui bahawa anak sulung saya itu berada di belakang dinding tersebut. Dengan tidak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh dan menimpanya.

Kedengaran suara berteriak dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tidak kedengaran lagi. Semua pekerja berhenti seketika dan tertanya-tanya, suara siapakah itu?

Mereka berlari ke arah runtuhan dinding itu dan mengangkat dinding yang menghimpit anak saya itu dengan susah payah. Mereka segera menghubungi Bomba dan Ambulans. Mereka tidak dapat mengangkat badan anak saya sebab ia remuk seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping. 

Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati-hati dan segera dibaw ake hospital untuk diselamatkan. 

Ketika suami menghubungi saya untuk memaklumkan hal itu, seakan-akan Allah menghadirkan kembali apa yang telah saya doakan untuknya semasa dia kecil dahulu. 

Saya menangis sehingga jatuh pengsan. Ketika sedar, saya sudah berada di hospital dan saya meminta untuk melihat keadaan anak saya. Ketika melihatnya, saya seakan-akan mendengar suara Tuhan berkata,

"Ini doamu kan? Sudah Aku makbulkan setelah sekian lama, engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya," 

Ketika itu, jantung saya seakan berhenti berdetik. Anak saya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya berteriak dan menangis sambil berkata,

"Jangan pergi nak!"

Andai kata ia masih hidup, tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua perabot di rumah saya. Asalkan saya tidak kehilangannya. Ya Allah, seandainya lidah ini tidak mendoakannya 25 tahun yang lalu..

Andaikan.. andaikan.. andaikan.. tetapi kalimat 'andaikan' ini tidak berguna lagi pada waktu ini. 

Ini adalah satu kisah benar-benar berlaku. Jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika kamu sedang marah. Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan. Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja tetapi jangan mendoakannya macam-macam sehingga kalian akan menyesal seperti saya.

Saya menulis ini dengan air mata yang membanjiri pipi. Doa seorang ibu itu akan terjawab walaupun sekian lama. Tunggulah, Allah pasti akan mengkabulkannya. Oleh itu, berdoalah yang baik-baik untuk semua anak-anakmu. - Fizal Md Hashim | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.