'Kalau Ada Barang Hilang, Malindo Air Takkan Bertanggungjawab'


Guys, sila berhati-hati dengan perkhidmatan bagasi Malindo Air Subang. 

Baru-baru ini saya telah kehilangan barangan peribadi saya ketika menggunakan perkhidmatan Malindo Air dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke Alor Setar. 

Sampai di Alor Setar, saya perasan beg saya kelihatan 'lain macam'. Bila diperiksa, saya mendapati beberapa barangan berharga milik saya telah hilang. 

Sedangkan sebelum daftar masuk di kaunter Malindo Air di Subang, saya telah bertanya pada kakitangannya

"Kalau saya bawa barang yang berharga, perlu ke saya isytiharkan barang itu?"

"Tak perlu, di bahagian kargo ada 5 CCTV yang beroperasi dan keselamatan bagasi penumpang adalah sangat terjamin," kata kakitangan kaunter.

Mendengar jawapan itu, maka tidak timbullah keraguan saya pada ketika itu. 

Berbalik kepada barang berharga saya didapati hilang bila tiba di Alor Setar. Saya bergegas membuat aduan pada kakitangan yang bertugas pada ketika itu, Ku Zaki. Tetapi jawapan yang diberikan oleh Ku Zaki amat menyedihkan. 

Malindo Air boleh menunding jari pada kakitangan Lapangan Terbang Subang dan buat acuh tak acuh dengan masalah ini. 

"Kalau ada barang hilang, pihak Malindo Air takkan bertanggungjawab," katanya

Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Jadi, semasa pulang semula ke Kuala Lumpur, saya terus membuat laporan polis dan menghantar emel aduan berhubung barangan hilang kepada Mavcom. 






Selang beberapa hari kemudian, saya menerima emel maklumbalas dari Malindo yang mendakwa saya tidak mengisytiharkan barang yang berada dalam bag saya. Mereka juga menawarkan baucar RM100 sahaja.

"Biar betul?!"

Dari info yang saya perolehi, ini bukan kes pertama yang berlaku. Jadi, kepada kawan-kawan yang nak menggunakan perkhidmatan Malindo Air, kalau ada barangan berharga itu, sila isytiharkan dan rakam video sekali. - Onisuka Issac | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.