Kanak-Kanak 2 Tahun Dirogol & Dibunuh Sepupu Durjana


INDONESIA - Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemui dalam belukar, dipercayai dirogol sebelum dibunuh. 

Lapor laman Kompas, mayat bayi malang ditemui oleh Ustaz Junaedi di Desa Girimulya, Daerah Cibungbulang itu selepas menghidu bau busuk ketika dalam perjalanan menuju ke masjid. 

"Saya dalam perjalanan ke masjid. Dalam perjalanan, saya terhidu bau busuk yang amat menyengat, lalu saya mencari punca bau itu. Hasil pencarian saya menemui mayat seorang kanak-kanakperempuan," katanya. 

Ekoran itu, pihak polis dimaklumkan mengenai penemuan itu dan siasatan telah dijalankan. 

Siasatan awal mendapati, mayat mangsa, Laila Nurhidayah, 2, dibuang tidak jauh dari rumah seorang lelaki muda, Budiansyah, 26, yang juga sepupu kepada mangsa. 

"Setelah mengenalpasti identiti mangsa, kesimpulan awal siasatan mendapati mangsa telah diculik, dirogol sebelum dibunuh dan dibuang di hutan berhampiran.  

"Pihak polis juga menggunakan anjing pengesan bagi mengesan suspek yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Hasilnya, kami berjaya mengesan rumah suspek," kata sumber polis.

Difahamkan, ibu bapa mangsa ada membuat laporan polis akan kehilangan anak mereka sejak kali terakhir pergi ke rumah lelaki itu pada hujung minggu lalu, 8 Mei 2016. Mangsa juga dikatakan adalah sepupu kepada suspek yang tinggal berdekatan. 

Susulan itu, suspek telah ditahan dan disoalsiasat, namun menafi melakukan pembunuhan itu. 


"Pada awalnya, suspek enggan berkerjasama. Namun setelah diacukan pistol ke arahnya, barulah suspek mengakui melakukan pembunuhan tersebut," katanya.

Sebelum kejadian itu, suspek dan mangsa sedang bermain-main bersama sambil menonton televisyen dengan adiknya yang sebaya dengan mangsa. 

Suspek kemudian mengajak mangsa masuk ke dalam bilik dan mula meraba kemaluan mangsa. Mangsa meronta-ronta dan tindakannya itu membuatkan suspek berang lalu mengikat badan mangsa dengan selimut dan membaringkannya di atas katil. 

Mangsa menjerit dan menangis ketika kejadian itu berlaku, namun suspek pantas menekup mulut mangsa dengan bantal sebelum merogolnya beberapa kali sehingga mati. 

Mayat mangsa kemudian dibuang ke hutan yang berhampiran dengan rumahnya.  - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.