'Kau Tu Janda Anak 2, Tak Malu Ke Rampas Suami Orang?'


Saya janda berusia 45 tahun, ada dua anak. Setahun yang lalu, saya telah menjalinkan hubungan cinta dengan teman sekerja yang merupakan suami orang. Kami bekerja di Sabah, manakala isterinya bekerja di utara Semenanjung atas tuntutan kerja. Di sebabkan itu, kami menjadi rapat sehingga terbit perasaan cinta.

Dia sangat baik dan tidak pernah bercerita buruk mengenai isterinya. Seringkali dia memuji-muji isterinya di hadapan saya sampaikan saya naik rimas. 

Setiap 3 bulan, teman lelaki saya akan pulang ke semenanjung untuk berjumpa dengan keluarganya. Teman lelaki mengaku, walaupun dia sayang pada isterinya tetapi pada masa yang sama dia juga menyayangi saya. 

Setiap kali saya mengajaknya berkahwin, dia akan mengelak dengan alasan takut isterinya terluka. Dia takut akan kehilangan isteri sekiranya dia menikahi saya. Dia turut memberikan amaran kepada saya agar tidak memberitahu isterinya berkenaan kami. Dia takkan maafkan saya sekiranya terjadi sesuatu dalam rumah tangganya dan isteri. 

Pada hari raya tahun lalu semasa dia berada di kampung, saya telah menghantar gambar menerusi WhatsApp kepada teman lelaki. Namun telah dibaca oleh isterinya. Sejak dari situ, isterinya mula curiga dengan suaminya namun mendiamkan diri kerana tiada bukti kukuh. 

Selepas peristiwa itu juga, teman lelaki ingin memutuskan perhubungan kami, tetapi disebabkan rasa cinta, kami tetap teruskan hubungan. Sehinggalah pada penghujung tahun lepas, saya menerima WhatsApp dari isterinya yang meminta saya berterus terang tentang hubungan kami berdua. 

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya telah berterus terang akan hubungan saya dengan suaminya. Saya juga menghantar kami berdua sebagai bukti. Isterinya mengatkaan bahawa suaminya adalah milik saya dan dia akan berundur diri kerana tidak sanggup dimadukan. Saya gembira kerana niat kami untuk berkahwin sudah hampir menjadi kenyataan. 

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila teman lelaki langsung tidak menghubungi saya. Beliau membuatkan saya seolah-olah tidak wujud. Melalui teman sekejar kami, saya mendapat tahu dia tidak akan maafkan saya kerana telah menganggu hubungan dia dan isteri. 


Saya berkawan dengan lelaki lain untuk membuat dia cemburu, namun dia langsung tidak kisah. Apa yang perlu saya buat agar hubungan kami kembali seperti dulu? - KRT | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.