Keluar Jalan² Dalam Tempoh Berpantang, Tak Takut Bentan Ke?


Lagi sekali saya dikejutkan dengan kedatangan ibu dalam pantang ke Spa saya. Minggu ini saja sudah ada dua kes. 

Alasan mereka? 

"Dah alang-alang keluar ke klinik, baik pergi ke Spa," katanya. 

Mereka datang nak berurut dengan saya kerana tidak percaya pada pekerja saya selain dari bosan mengurut di rumah. 

Seram! Tengok ramai juga yang hadir ke kelas parenting, breastfeeding, baby wearing, baby language dalam keadaan berstokin dan anak semerah anak tikus baru lahir. 

Apakah alasan yang munasbah sebenarnya yang menghalalkan perbuatan jalan-jalan ketika masih berada dalam pantang? 

Rasa nak cubit mereka-mereka yang tersengih-sengih menjaja diri bermake up di balik wajah yang pucat lesi sambil mengangkat car seat (part ini saya rasa nak pitam) di dalamnya ada si kecil yang baru berusia beberapa minggu. 

Jika terkena hujan atau bersejuk aircond, tak takutkah terkena bentan? Atau tersandung ibu jari kaki, tak takutkah tumpah darah? Jika terbalik lewat senja, tak takutkah terkenan jin? Jika kamu tak cukup tidur malam-malam dan siang sibuk pula mahu berjalan-jalan, tak takutkah tiba-tiba pitam sebab tekanan darah tinggi/rendah? (Saya dah jumpa dua kes sebegini). 

Kalau tak sayang badan sekali pun, si kecil yang kamu kandungkan selama 10 bulan 9 hari itu, didedahkan kepada orang awam yang bukan semuanya sihat walafiat. Tak takutkah kamu dengan paru-parunya yang masih tidak kuat?

Saya boleh anggap mereka yang suka-suka bawa bayi dalam pantang keluar, sebagai selfish parents!

Yang pergi klinik check kuning anak itu, dah habis check, balik sajalah ke rumah. Anak dah kuning, lagi nak diarak ke hulu hilir. Kalau boleh kat klinik itu janganlah banyak berdiri macam tak sedar diri itu tak sihat 100% lagi. Kalau ke hospital, demand naik wheelchair, tak pun suruh suami saja yang menguruskan semua hal anak. Kamu duduk senyap-senyap. 

Yang tak percaya pada pekerja saya itu, saya ada dua cadangan. Lain kali nak pilih Confinemrnt Lady (CL), trylah urut semasa hamil dulu. Dah sesuai barulah book. Kalau tak sesuai, carilah company pantang yang lain. Kan ramai lagi tukang urut di Malaysia ini.

Saya ini kekangan ada anak kecil memang dah tak jaga orang pantang. Sebab itu saya adakan CL2 di bawah naungan BBC dimana mereka semua student saya. Nak lepaskan mereka mengurut pun kena urut saya atau ibu saya sampai kami puas hati. Tak adanya saya nak bagi orang bawa nama BBC tanpa pemantauan. Penat-penat saya bangunkan BBC, mestilah saya nak jaga kualitinya sampai bila-bila. Saya bukan jenis cedok pekerja sesuka hati tak tentu hala.

Boring mengurut di rumah? Nanti kalau dah bentan, tak payah duduk di rumah, boleh duduk di hospital terus. Saya ada tiga customer bentan sampai jadi thrombosis kena warded sampai sebulan. Seronok agaknya duduk di hospital lama-lama. Anak baru lahir, kena tinggalkan di rumahlah kan? Mana boleh masuk wad orang dewasa. Best tak? Best tak?

Nak pergi kelas menggali ilmu bukan masa awak dalam pantang. Itu sudah istilah nak berak baru nak gali lubang. 

Ilmu parenting, breastfeeding, baby wearing, baby language ini perlu dipelajari sebelum bersalin. Kalah dah tak sempat nak belajar pun, ramai consultant dalam bidang-bidang ini buat servis home visit. Korang saj nak mengular sebenarnya.

Tak payahlah nak pakai make up tebal-tebal untuk mengaburi muka pucat korang itu. Nak cantik untuk orang luar tak ada maknanya kalau dengan suami nanti pucat lesi badan sejuk kejung. 

Dah penat nak menegur. Selepas ini jangan ada yang berani nak datang ke spa saya bagi mereka yang masih berada dalam tempoh berpantang. Saya tak kenan. Nak mengurut pun rasa sebu saja hati. Sedih! Sebab nasihat saya kamu tak mahu dengar!

"Masa saya berpantang sendiri semasa melahirkan warwah hari itu pun, even tak ada anak, even bumbung rumah mak saya boleh nampak dari pintu belakang rumah saya, memang saya tak pernah hinggap ke sana sepanjang tempoh 44 hari berpantang. Boring agaknya berpantang tak ada anak. Tetapi abaikan, sebab nak cepat-cepat sihat punya pasal," - Siti Aishah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.