Kemukakan Bukti Bil Perubatan & Kami Akan Tanggung - Zawara Coffee


KUALA LUMPUR - Susulan viralnya luahan hati seorang pelanggan mengenai produk minuman yang dihidangkan di premis hispter tersebut, Zawara Coffee tampil memberikan responnya. 


Pihak Zawara kini sudah menghubungi dengan Dayah Mazlan dan berharap isu yang dibangkitkan akan dapat diselesaikan dalam perjumpaan di antara mereka minggu ini. 

"Jika Cik Dayah mengemukakan bukti bil perubatan daripada mana-mana hospital atau klinik, kami akan menanggung kos perubatan beliau," kata kenyataan itu. 

Mengulas mengenai dakwaan Dayah Mazlan yang mengalami cirit birit selepas minum Teddy Tales milkshake, Zawara menjelaskan bahawa kandungan air tersebut mengandungi susu segar Farm House, Walls vinilla ice cream dan satu paket Kinder Bueno. 

"Pelanggan yang mempunyai alahan terhadap bahan-bahan tersebut dinasihatkan memaklumkan pada krew Zawara Coffee agar dapat mengesyorkan minuman yang lebih sesuai untuk pelanggan," katanya.

Zawara juga menegaskan, kesemua cawangannya mendapat gred kebersihan A+ daripada majlis-majlis perbandaran tempatan. Kakitangannya juga 100% rakyat Malaysia bagi memastikan tahap kebersihan premisnya berada di tahap yang memuaskan. 

Zawara memberikan jaminan kepada mana-mana pelanggannya bahawa segala maklumbalas dari pelanggan yang dihantar ke emel rasmi mereka info@zawaracoffee.com akan dibalas dalam tempoh kurang daru satu hari bekerja. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.