'Kenapa Nak Buat Orang Bertambah Benci?' - Adflin


Mana-mana individu yang didapati menghina kerajaan tidak dibenarkan keluar negara bukan sahaja mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Malah, pelawak seperti Adflin Shauki juga meluahkan pandangannya mengenai sekatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen ini sejak beberapa bulan yang lalu. 

"Minta maaf, tapi bukankah demokrasi itu bermakna rakyat berhak bersuara jika ada yang tidak kena dengan kerajaan? Bukankah itu hak asasi kita sebagai manusia? 

"Hari ini saya terbaca yang kalau kita menegur kerajaan dan ketidaktelusan kerajaan, kita takkan dibenarkan keluar dari negara ini. Adakah negara ini hak kerajaan sahaja," soalnya. 

"Kenapa sampai macam ini YB YB semua? Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan? Selepas ini apa pula tetuan, bukankah kerajaan demokrasi itu adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal rakyat?

"Tetuan-tetuan semua, awak semua adalah pekerja yang bekerja untuk rakyat, bukan organisasi untuk menakut-nakut dan menekan rakyat. Saya sangat tidak setuju dengan kenyataan yang dibuat ini.

"Bantulah rakyat! Jangan tekan kami macam kami semua budak-budak yang tidak berakal tuan tuan. Jika saya silap, sila betulkan saya, saya cuma pelawak saja," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.