'Kit Anti-Histeria Karut!' - KJ


KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melabelkan ciptaan kit anti-histeria sebagai mengarut dan melambangkan pemikiran masyarakat mundur.

Tegasnya, rakyat Malaysia perlu menjadi lebih saintifik, inovatif dan moden berbanding kekal mempercayai kepercayaan karut. Penghasilan kit anti-histeria itu menunjukkan bahawa masih ada sebilangan kecil masyarakat yang terlalu fokus pada benda-benda karut.

"Kita perlu menjadi masyarakat saintifik, bukannya mengarut. Kita mahu beliau kita menghasilkan sesuatu yang baru, bukannya benda seperti kit anti-histeria. Sebaliknya kita perlu memberi tumpuan kepada pembangunan saintifik moden," katanya. 

Terdahulu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah melancarkan kit anti-histeri pada 30 April lalu untuk merawat para pelajar sekolah yang diserang histeria baru-baru ini di sebuah sekolah berasrama penuh di Kelantan.

Lapor The Malay Mail Online, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) juga turut mengkritik kit itu bahawa ia menunjukkan umat Islam di negara ini masih tidak dapat membezakan antara kepercayaan karut dan sains. 

Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak, UMP tetap mempertahankan kit tersebut dengan mendakwa berdasarkan kajian saintifik, ia terbukti berkesan dalam menyelesaikan 50 kes uji-cuba yang telah dijalankan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.