Lelaki Warga Malaysia Mati Ditembak Di Hatyai


HATYAI - Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan pada jam 3.30 pagi tadi. 

Mangsa, Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, berasal dari Pulau Pinang, ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee. 

Polis juga turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian itu. 




Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hatyai Kol Khittichai Sankha-travorn, pihaknya sedang memeriksa motosikal yang ditunggang oleh mangsa dan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian untuk membantu siasatan. 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Hatyai untuk dibedah siasat. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.