'Mak! Handphone Terbakar!'


Allahuakbar! Alhamdulillah, Allah bagi kami sekeluarga peluang sekali lagi untuk terhindar dari musibah pagi ini. Sekitar jam 9.30 pagi tadi, anak saya, Dina cas handphone dia di bilik saya. Setengah jam kemudian, tiba-tiba saja,

"BOOOOOOMMMMMMM!" 

Meletup dan terbakar handphone itu. Saya di dapur, terkejut bila anak menjerit-jerit. 

"Api! Api!" 

Api menjulang dari handphone, berasap-asap. Nasib kami sangat baik bila handphone itu tiada siapa yang memegangnya ketika itu. Memang saya selalu ingatkan anak-anak, masa handphone sedang dicas, tak boleh guna. Memang nasib baik. Bayangkan masa kita tengah guna, perkara itu berlaku?

Nauzubillah. Hasilnya, tengoklah keadaan bateri itu, lunyai. Walaupun baru saja tukar bateri tak sampai setahun dan original, time dia nak meletup, tak kira original atau tidak original agaknya.

Kawan saya juga berpesan, cara paling baik cas handphone ialah letak di atas kayu dan jauhkan dari benda yang mudah terbakar. Kalau terbakar, terus ajar anak-anak pergi suis utama. Offkan semua suis dulu. 


Pastikan, pastikan kita sudah mengajar anak-anak kita bab ini. Anak saya tadi menjerit dan tengok kejadian itu sahaja sebab terlalu panik. Mujur saya ada di bawah tadi, jadi, dengan pantas saya matikan suis utama. Kalau tak, tak tahulah apa yang akan terjadi. Alhamdulillah! - Tengku Khalidah Tengku Bidin | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.