Mak Tiri (Indon) Pukul Kepala Anak Dengan Lesung Batu

Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Seorang suri rumah warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mendera anak tirinya yang berusia 8 tahun.

Mariani Abd Muin, 33, mengaku bersalah memukul kanak-kanak itu dengan lesung batu sehingga menyebabkan kecederaan di kepala dan bengkak berhampiran mata kanannya. 

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah pangsa di Lengkok Hj Ahmad di Jelutong di antara jam 3:00 - 3:30 pada Julai 31 2015. 

Mariani yang berkahwin dengan bapa kandung kanak-kanak itu yang merupakan warga tempatan didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a1) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Redzuan berkata, tertuduh telah ditahan di rumahnya setelah mendapat laporan dari jirannya yang dimaklumkan oleh saudara kanak-kanak berkenaan.

"Tertuduh bertindak memukul mangsa itu kerana dia menghilangkan wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli barang dapur," 

Noor Syafina meminta mahkamah mengambil kira kecederaan kanak-kanak itu ketika menjatuhkan hukuman terhadap Mariani. 

Difahamkan, Mariani juga mempunyai anak kandung dengan bapa mangsa.

Majistret Sharifah Izura Syed Mashor memerintahkan Mariani menjalani hukuman penjara itu bermula semalam. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.