'Mana Mau Lari Sarjan?'


MELAKA - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh hari ini di atas dakwaan cubaan membunuh seorang komando, April lalu. 

Lapor Harian Metro, tertuduh, Sapudin Bolek, 42, berasal dari Sarawak, tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan jenayah itu bersama dengan tujuh lagi rakannya yang masih bebas, memukul Mohd Daud Karim, 26, dan cuba membunuhnya di Kampung Sungai Timun, Negeri Sembilan, pada 12.50 malam pada 17 April. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda. 

Sapudin Bolek dibenarkan diikat jamin dengan RM12,000 dan menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan semula kes. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.