Mangsa Tak Mahu Buat Laporan Polis


KUANTAN - Seorang wanita yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua ditendang oldh suaminya dalam video yang viral di media sosial baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu di sebuah premis dobi layan diri di Jalan Wong Ah Jang itu, perbuatan lelaki berusia 50 tahun itu dirakam oleh CCTV dikecam netizen khususnya golongan wanita yang menanggap tindakan lelaki itu kejam dan ganas. 

Difahamkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa lalu membaling bakul plastik ke arahnya sebelum menendang pinggang isterinya sehingga mengakibatkan dirinya turut terjatuh.

Anak lelaki pasangan itu yang melihat kejadian tersebut segera berlari memeluk ibunya yang sedang menahan kesakitan di bahagian pinggang. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis telah bertemu dengan mangsa yang berusia lingkungan 20'an dan keterangannya juga telah diambil untuk siasatan lanjut. 

"Saya telah menonton video berkenaan. Namun mangsa enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu polis mengambil tindakan terhadap suaminya," katanya.

Ekoran itu, polis akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk memastikan suami mangsa dikenakan tindakan sewajarnya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.