Mujur Apps 'Find My iPhone' Dapat Bantu Tangkap Penyamun


Aku sedar yang rumah telah dipecah masuk ketika aku solat subuh tadi (22 Mei 2016). Pintu utama telah dipecahkan, barang yang hilang ialah 2 buah iPhone, 2 iPad dan wang tunai RM1,500. 

Yang paling hebat, pencuri itu sempat makan makanan di dapur ketika kami sekeluarga sedang nyenyak tidur. Menurut ayah, ini adalah ilmu pukau. 

Mujur telefon kakak aku yang dicuri masih boleh dikesan dan secara tidak langsung mengesan kedudukan pencuri tersebut yang mana aku menggunakan fungsi 'Find My iPhone'. 

Aku call kawan aku, Zukermi, Aiman dan Taufid untuk meminta bantuan sebab aku nak pergi ke lokasi pencuri, tak berani. 

Jadi kami bergegas ke lokasi itu bersama-sama. Bila sampai, lokasi yang ditunjukkan terhenti di sebuah rumah. Takkan kami nak pecah masuk kan? Jadi kami meminta bantuan polis berdekatan.


Bila polis sampai, barulah kami kesan bunyi iPhone itu berada di mana. Akhirnya bunyi itu kedengaran di dalam rumah yang kami intip tadi. Jadi, pihak polis memecah masuk rumah tersebut dan menemui beberapa orang di dalamnya.

Setelah disoal-siasat, lebih 10 buah rumah telah dipecah masuk pada bulan ini di Rembau. Alhamdulillah. Terima kasih iPhone, polis Rembau dan rakan-rakan. 


Untuk yang menggunakan iPhone boleh download salah satu apps di bawah:
  1. Find My iPhone
  2. Prey
  3. iLostFinder Anti-theft

Untuk Android boleh download salah satu software di bawah:
  1. Android Device Manager
  2. Family Locator
  3. Cerberus
  4. Prey Anti-Theft
  5. Where's My Droid

Semoga membantu. - Hamizan Komeng | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.