'Padan Muka Abang Aku...'


ISLAMABAD - Seorang pemilik kedai manisan di Pakistan mengaku meracuni sekurang-kurangnya 30 pelanggan kedai sehingga mati dengan mencampurkan racun serangga ke dalam makanan. 

Khalid Mehmood mengaku berbuat demikian di mahkamah di Punjab selepas abangnya, Tariq, yang juga pemilik bersama kedai itu menghina dan menderanya dalam perbalahan mengenai perniagaan. 

"Saya hanya mahu memberi pengajaran kepadanya. Saya terlalu marah sehingga bertindak mencampurkan racun serangga ke dalam manisan yang dibakar," katanya. 

Manisan beracun itu dibeli seorang pelanggan yang kemudiannya memberikannya kepada anggota keluarga dan rakan bagi meraikan kelahiran cucu lelakinya. 

Bapa bayi, enam bapa saudara dan seorang ibu saudaranya antara 30 yang maut. Mangsa yang meninggal dunia termasuk lima kanak-kanak. Manakala empat lagi masih dirawat di hospital. 


Difahamkan, seramai 52 pelanggan yang telah memakan manisan tersebut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.