Peniaga Online Akan Dikenakan Cukai Mulai 2017?


PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berkemungkinan akan mengenakan cukai ke atas perniagaan online bermula 2017, sejajar dengan kepesatan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini, lapor Free Malaysia Today

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, MOF telah mengarahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat kajian terperinci berhubung perkara itu. Malah, LHDN turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tujuan itu. 

"Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai. Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital," katanya. 

Selain itu, pihak MOF juga berhasrat memastikan syarikat peniagaan online berdaftar dengan SSM bagi membolehkan MOF mengetahui jumlah pendapatan yang diperolehi oleh mereka. 

Menurut Irwan, kajian dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap pemandu Uber dan Grab Car boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan dan angka itu boleh dikenakan cukai. 

Pendapatan bulanan yang boleh dikenakan cukai pada ketika ini adalah RM3,000 hingga RM4,000. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.