Peniaga Online Untung Kurang RM500K Takkan Dikenakan Cukai


KUALA LUMPUR - Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang menjalankan perniagaan online dan berpendapatan kurang dari RM500,000 tidak akan dikenakan cukai, lapor BERNAMA. 

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata, PKS yang berpendapatan lebih dari RM500,000 akan dikenakan cukai, namun ia sewajarnya tidak menjadi penghalang kepada mereka yang meraih pendapatan kurang daripada jumlah itu untuk berusaha mengembangkan perniagaan masing-masing. Ini kerana banyak perniagaan online adalah PKS secara sambilan dan usahawan baru.

"Sememangnya cukai akan memberikan kesan kepada mereka yang baru mula berniaga. Tetapi mereka perlu faham bahawa, cukai akan dikenakan terhadap syarikat yang pendapatannya melebihi RM500,000. 

"Kalau nilai mereka tidak melebihi jumlah itu, saya percaya mereka perlu merancakkan lagi perniagaan. Mereka tidak perlu mengelak daripada berkembang maju hanya kerana mahu mengelak dikenakan cukai," katanya. 

Menurut beliau, jika perniagaan telah dikenakan cukai, peniaga online perlu bersedia untuk melaksanakan operasi perniagaan berstruktur dan menggunapakai pendekatan online. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.