Penjawat Awam Pulau Pinang Terima Bonus Raya 3/4 Gaji


GEORGE TOWN - Penjawat Awam di negeri Pulau Pinang akan menerima bonus 3/4 bulan atau minimum RM700, yang akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata, 'insentif bantuan istimewa itu diberi sebagai mengiktirafkan sumbangan penjawat awam ke arah transformasi dalam perlaksanaan dan perkhidmatan yang disampaikan melalui tugas-tugas mereka. 

Insentif itu akan diberikan kepada 4,178 kakitangan awam negeri yang akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. 

Jumlah pembayaran bonus itu melibatkan jumlah RM7.95 juta. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.