'Pergi! Aku Takut Dengan Kau! Aku Takkan Buat Sihir Itu Lagi!'


Arwah ayah saya pernah menolong kes seperti ini. 


Waktu masuk saja di depan pintu rumah, rasa lain macam, lalu ayah suruh saya duduk di luar dan tunggu sampai habis dia selesaikan 'kerjanya' di dalam. 

Apa yang saya nampak ialah, arwah bawa keluar benda yang hendak dibuang iaitu, beras, minyak masak dan kebanyakkan memang barang dapur.

"Ayah, kenapa nak buang semua barang dapur ini?" soal saya yang hijab kecil saya tidak pernah terbuka. 

"Benda kotor ini tak boleh dimakan. Dalam itu, diletakkan air campuran kain kafan perempuan meninggal sulung," jawab ayah.

Selepas itu, di tempat tidur bawah katil juga penuh dengan biji berwarna hitam seperti lada dan ada tangkal yang dibalut dengan kain kuning. Saya teringin sangat mengetahui apa di sebalik kain itu, namun ditegah oleh ayah.

"Dik, kau jangan nak gatal-gatal buka tangkal itu. Nanti 'benda' itu keluar, macam mana?" tegah ayah yang membuatkan jantung saya terus berdegup pantas.

Ayah suruh rumahnya selalu dialunkan bacaan Al-Quran dan azankan rumah itu di setiap penjuru selama 7 hari berturut-turut untuk tujuan pemagaran dan berjemaah selalu di pusat rumah. Alhamdulillah selepas saja arwah ayah settle rumah dia, Allah swt. tunjukkan ibu mertuanya meracau kepanasan dan arwah ayah dipanggil pada keesokan harinya. Di waktu itu dihalaunya arwah ayah.

"Pergi! Aku takut dengan kau! Aku takut! Aku minta maaf! Aku takkan buat lagi sihir itu. Panas! Panas!" katanya. 

Hancur luluh hati menantunya bila mendapat tahu ibu mertuanya berbuat demikian hanya kerana dia bukan menantu pilihan. Tetapi sekarang, alhamdulillah segala-galanya sudah baik. 

Tidak semua mertua itu jahat dan baik. Semuanya seimbang, ada pro dan kontra, ada baik ada jahat. Cuma satu pesanan, setiap perbuatan kita baik buruk pasti ada balasannya. Oleh itu, sentiasa ingat Allah swt dan ingatlah kifarah Allah swt itu ada dan Allah swt tidak tidur bersekutu dengan syaitan buruk padahnya amalan kita 40 hari tak silap tak diterima. 

Buat sesiapa yang mengamalkan sihir seperti ini, taubatlah, lepaskanlah ikatan itu dan usah bercampur dengan syaitan yang sentiasa berusaha mahu menyesatkan kita. Bertaubatlah sebelum terlambat, jangan sampai makan diri.  - Mimi Sahila Norbit | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.