Persenda Kes Enno Farihah, SKMM Akan Ambil Tindakan


CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa posting di laman Facebook yang didakwa mempersendakan kejadian rogol dan pembunuhan kejam seorang pekerja kilang di Indonesia. 


Beberapa pengguna Facebook dikesan menjadikan kejadian itu sebagai bahan gurauan tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat. 

Lapor The Star, 22 Mei yang lalu seorang pengguna Facebook menyiarkan gambar seorang lelaki yang tidak berbaju terbaring di lantai dengan kaki terkangkang berserta dengan caption:

"Mangsa rogol terbaru, sebelum ini guna cangkul tetapi yang ini menggunakan penyodok sampah. Tragis, PDRM action," katanya. 

Gambar yang lain pula menunjukkan seorang lelaki baring dengan posisi yang sama di atas katil dan gitar di antara kakinya. 

Pengarah Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman mengesahkan mereka menerima laporan mengenai gambar-gambar tersebut. 

"Posting itu keterlaluan dan amat menyinggungkan perasaan. Jika pengguna media sosial ternampak gambar itu, jangan dikongsikan kerana ia tidak mendatangkan faedah. 

"Hubungi Biro Aduan Pengguna SKMM dan tindakan seterusnya akan diambil," katanya yang juga menegaskan bahawa SKMM memandang serius pada perkara tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah mengedarkan imej berkenaan di media sosial. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.