Persenda Umat Islam, Vivian Lee Dipenjara 5 Bulan 22 Hari


KUALA LUMPUR - Vivian Lee, 26, dijatuhkan hukuman penjara selama 5 bulan 22 hari oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini, kerana menyiarkan gambar berserta kapsyen yang mempersendakan umat Islam, lapor Bernama. 

Bekas teman wanita blogger kontroversi, Alvin Tan itu didapati bersalah kerana mempersendakan umat Islam dan kemuliaan Ramadan, pada tahun 2013. 


Hakim ABdul Rashid Daud menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati penguam belanya, Choong Joo Tian, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan terhadap perlaksanaan hukuman penjara, sementara menunggu rayuan, manakala jumlah jaminan dinaikkan kepada RM20,000. 

Alvin dan Vivian didakwa menyiarkan gambar "Selamat Berbuka Puasa Dengan Bak Kut Teh" yang disertakan dengan logo halal di laman Facebook mereka pada 11 dan 12 Julai 2013 di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh.  - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.