Pesawat EgyptAir 804 Hilang Dari Radar


PARIS - Sebuah pesawat EgyptAir 804 yang membawa 59 penumpang dan 10 anak kapal dalam penerbangan dari Paris ke Cairo dilaporkan hilang dari radar, Khamis pagi. 

Pesawat EgyptAir dilaporkan meninggalkan Perancis pada jam 11.09 petang (waktu tempatan) pada Rabu. Bagaimanapun, pihak menara kawalan udara terputus hubungan dengan pesawat berkenaan, 80 batu dari ruang udara Mesir.

Lapor Sky News Arabia, kali terakhir pesawat itu dikesan di ruang udara Greece, kira-kira 40 minit dari Athens. 


"Pihak berkuasa penerbangan Mesir telah mengeluarkan arahan berjaga-jaga di lapangan terbang Kaherah berikutan Perancis dan dan Mesir mempunyai rangkaian pengangkutan yang pernah diserangk oleh IS dan pengganas dalam beberapa tahun kebelakangan ini," 

Bagaimanapun, bekas pegawai inspektor Jabatan Pengangkutan, Mary Schiavo berkata, pesawat komersial itu tidak berada di ruang udara zon perang. Kehilangannya dari radar mungkin disebabkan kegagalan mekanikal atau aktiviti pengganas.  - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.