Pesawat EygtAir MS804 Terhempas Dipercayai Diserang Pengganas


CAIRO - Serpihan pesawat EygptAir 804 yang membawa 66 penumpang termasuk anak kapal ditemui setelah terhempas di selatan kepulauan Crete, Greek.

Lapor Daily Mail, pesawat tersebut dipercayai menjunam secara tiba-tiba pada ketinggian 22,000 kaki sebelum hilang dari radar. 

Pesawat MS804 itu dilaporkan hilang berhampiran pulau Karpathos, Greek, 10 batu ke dalam ruang udara Mesir pada jam 12.30 tengah pagi  (waktu tempatan) tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan, mencetus kebimbangan tragedi itu mungkin disebabkan oleh serangan pengganas. 



Beberapa jam kemudian dua serpihan plastik besar ditemui terapung di lautan, 230 batu dari selatan pulau Crete. Dua objek plastik yang berwarna merah dan putih itu ditemui berhampiran dengan kawasan di mana isyarat transponder pesawat malang itu berakhir. 

Terdahulu, Menteri Pertahanan Greek, Panos Kammenos berkata, Airbus 320 itu secara tiba-tiba berpaling di udara, menjunam dari ketinggian 37,000 kaki ke 15,000 kaki sebelum isyarat pesawat itu hilang dari rada pada ketinggian kira-kira 10,000 kaki. 

Menurut pandangan pakar pula, pesawat malang itu mungkin sudah menjadi sasaran untuk serangan pengganas. 




Menteri Penerbangan Awam Mesir, Sherif Fathi juga tidak menolak kemungkinan ianya didalangi oleh pengganas berbanding kerosakkan teknikal. Ketua Agensi Keselamatan Rusia, Alexander Bortnikov juga mendakwa tragedi itu lebih menjurus kepada serangan pengganas. 

Seorang kapten sebuah kapal yang kebetulan berada di kawasan kejadian juga mendakwa ternampak sebuah objek berapi di langit sebelum menjunam ke laut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.