Pisau Terpacak Di Belakang Budak 12 Tahun


BEIJING - Seorang kanak-kanak perempuan melalui detik cemas bila mana rakan sekelasnya secara tidak sengaja terbaling pisau dan terpacak di belakang kepalanya. 

Lin, 12, dan rakannya dikatakan telah bertengkar dengan seorang budak lelaki yang berusia 13 tahun, pada 16 Mei lalu.

Suspek yang berang itu kemudian membaling pisau ke arah mereka yang sedang berjalan meninggalkan suspek tanpa menyangka tindakannya itu mengakibatkan pisau tersebut terpacak tegak di belakang kepala Lin.



Mangsa terus dikejarkan ke hospital dan doktor melakukan pembedahan segera. Doktor mendapati pisau itu menembusi tengkorak mangsa namun tidak terkena pada otak. 

Doktor berjaya mengeluarkan pisau tersebut dan Lin kini dilaporkan stabil. 

Ekoran itu, suspek ditahan oleh polis. Bagaimanapun dibebaskan serta merta atas faktor usia. 

Dua keluarga terbabit juga dikatakan sudah berdamai dan mencapai persetujuan di luar mahkamah. Namun, keluarga budak lelaki itu membayar sebahagian besar bil perubatan yang berjumlah 8,000 yuan (RM5,000) - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.