Plat 'F', 'V' Mulai Jun & Julai Depan


PUTRAJAYA - Mulai Jun dan Julai, nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf 'F' dan 'V' akan hadir di jalan raya. Ia merupakan awalan nombor pendaftaran baharu yang diperuntukkan bagi kenderaan yang didaftarkan di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan. 

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata, awalan 'F' telah dipilih untuk pusat pentadbiran Putrajaya selepas menerima permohonan dari Perbadanan Putrajaya (PPj) baru-baru ini. 

" 'F' bermaksud Federal (Persekutuan). Bermula 1 Jun, 'F' akan menjadi awalan nombor plat Putrajaya yang baharu," katanya. 

Suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) juga akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini. 

"Bagi Kuala Lumpur pula, JPJ akan memperkenalkan 'V' selepas Hari Raya sebagai siri baharu awalan nombor, untuk memudahkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta untuk membida nombor keemasa, nombor fancy (dua digit) dan nombor popular (empat digit)," katanya lagi. 

Turutan semasa bagi KL dengan awalan huruf, algoritma dan abjad telah dilancar dengan 'W 1 A' pada September 2013 selepas generasi awalan sebelumnya berakhir. 

Menurut Aziz, orang ramai lebih selesa dengan awalan dan nombor turutan mudah yang sebelum ini iaitu 1-9999, tidak seperti awalan semasa dengan huruf di belakang. 

"Ini adalah berdasarkan kepada penurunan besar dalam bidaan bagi KL urutan nombor plat semasa. Jadi saya berharap dengan awalan 'V' akan mengujakan orang ramai," katanya. 

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, awalan 'V' untuk Kuala Lumpur akan menggantikan awalan semasa yang akan bersara secara berperingkat mulai pertengahan Julai. 

Mengulas mengenai awalan baharu Putrajaya, Aziz berkata, 'F' telah dipilih walaupun PPj cadang untuk Putrajaya yang akan diikuti oleh algoritma dan berakhir dengan abjad. 

"Cadangan ini adalah rumit kerana ia akan menjadi terlalu panjang untuk dimuatkan dalam plat nombor dan sebagainya. 'F' merupalah pilihan yang terbaik. Selain itu 'F' dan 'V' belum pernah lagi digunakan sebagai awalan nombor plat di negara ini. 

Dengan pengumuman ini, Aziz menjangkakan ramai yang akan berpusu-pusu membida plat pendaftaran 'F1'. 

"JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran 'F1' pada minggu hadapan untuk jawatankuasa khas memuktamadkan bidaan," kata Ismail. - PIXEL MEDIA | Terjemahan asal di Careta.my

No comments

Powered by Blogger.