Punca Game Manchester United vs Bournemouth Tidak Disiarkan


MANCHESTER - Perlawanan di antara Manchester United menentang Bournemouth yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa dibatalkan berikutan penemuan sebuah bungkusan yang diragui kandungannya di Stadium Old Trafford. 

Lapor media antarabangsa, puluhan ribu peminat telah diarah mengosongkan stadium tersebut yang berkapasiti 75,600 penonton apabila amaran itu dikeluarkan oleh pihak polis Manchester, 20 minit sebelum perlawanan bermula. 


Terdahulu, netizen di Malaysia meluahkan rasa bengang mereka terhadap pihak Astro yang tidak menyiarkan perlawanan Manchester United menentang Bournemouth, sebaliknya mengantikan siaran dengan sukan tenis.  





Perlawanan itu merupakan perlawanan terakhir pasukan Manchester United dalam Liga Perdana. - PIXEL MEDIA
Punca Game Manchester United vs Bournemouth Tidak Disiarkan Punca Game Manchester United vs Bournemouth Tidak Disiarkan Reviewed by Editor on 11:40 PM Rating: 5